Wednesday, 26 December 2012

kasih ke syurga, (1)




“Akak, tolong adik kak, tolong adik, akak, akak akak!!!”

Astagfirullah al-azim, aku bermimpi rupanya. Basah baju Maria dengan keringatnya. Mimpinya kerap bertandang baru-baru ini.

Mariana, adiknya yang berusia 8 tahun, diculik ketika pulang dari sekolah. 
Dia ketika itu sedang meletakkan kenderaan di tepi sekolah. Dia hanya lewat 30 minit, namun, 30 minit itu telah mengubah hidup keluarga mereka. 
Waktu itu, hari Khamis, 15 Februari, 2000. 

Maria sedang berjalan ke arah adiknya sewaktu adiknya diambil oleh 4 susuk tubuh yang tidak dikenali. Dengan sepantas kilat, Maria berlari sekuat hati kearah Mariana. Lalu dia pukul-pukul manusia yang mengambil adiknya. Dia tumbuk dibahu kiri lelaki yang besar badannya, ditendang perutnya, digigit lengannya, dipijak lelaki besar itu dengan tumit tinggi.

“Arghhhhhhhh”, lelaki besar mengadu kesakitan. Dia terduduk menahan sakit.

Seorang manusia lagi terkoncoh-koncoh berlari kearah mereka pabila terdengar jeritan kasar lelaki besar. Dengan segera Maria mengambil tangan Mariana. 

PANG!!!!, 
satu hentakan kuat terkena di kepala Maria. Dia tidak sedar, seorang lagi manusia sedang berada di belakangnya. Pandangannya berpinar. Ada lelehan darah di kepalanya. Di rasa tanah yang dijejak seperti lembut, lembik. Berpusing-pusing, lalu Maria tersungkur ke tanah. Dia nampak dalam samar-samar, adiknya dibawa pergi oleh 3 manusia.

“Akak, tolong adik kak, tolong adik, akak, akak akak!!!”

Itu ayat terakhir adiknya, Mariana sebelum mulut adiknya ditutup oleh lelaki besar itu. Maria berusaha sehabis mungkin untuk bangun, dan berlari lari anak kearah Mariana. Namun, dayanya tidak sekuat tadi, pandangannya makin kabur dan lututnya makin lemah.

“Cepat, cepat la weh! nanti ada orang kejar, Cepat”!

Seorang lagi manusia di tempat pemandu. 
Mereka menaiki kereta Waja, hitam. Tidak sempat Maria melihat no. platnya, dia tersungkur lagi, dan kali ini, dia tidak sedar. Imej terakhir yang dilihatnya, Waja hitam meluncur pergi, dengan adik tunggalnya dibawa lari.

Kejadian itu sudah melangkau 6 bulan yang lepas.

Kejadian yang mengubah selama-lamanya hidup Maria, hidup keluarganya, dan matlamat hidupnya. 

matlamat mencari adiknya!


bersambung....

p/s : ya Allah, boleh tahan susah jgk nk buat cerita kn. moga2 ada smbungan. hehehe







5 comments: