Tuesday 17 December 2013

selamat hari lahir

selamat hari lahir mak.

siti rindu mak

moga Allah temukan kita di syurga.

Friday 6 December 2013

masa



masa itu terhad.

kita yang harus kejar masa
bukan sebaliknya

masa.
aku masih perlu masa
perlu banyak masa

masa utk muhasabah diri
masa utk muhasabah diri
masa utk muhasabah diri


*nangissssssssssssssssssssssssssssssssss*

Monday 22 July 2013

muhasabah 2

mengurangkan masa berhadapan dengan manusia
mengurangkang masa berhadapan depan kamera
mengurangkan masa berhadapan depan skrin komputer

demi mencari kembali fitrah seorang hamba
kepada penciptanya

fitrah cinta, 
cinta pada Allah, cinta pada Rasul Allah


dengan cara apa?

mencari
menghayati
mengamalkan

ilmu.


to be cont.


Monday 27 May 2013

mati itu permulaan.

8.35 pagi; 28 mei 2013, 

bismillahirrahmanirrahim,
Allahu akbar, 

sedang aku leka membaca post2 di fb, satu post dari seniorku, dh ckup utk mengalirkan air mata.


Allah punya pelbagai cara utk mengingatkn kita padanya. 

Sayangkn Allah pada kita :'(


'muhasabah diri sblm tidur...

andailah ia merupakan tidur kita buat selama2nya di alam yg fana ini....muhasabah lah diri kita akan ape yg telah kita lakukan selama kita hidup di dunia, adakah ia sesuai dgn perintah Allah atau sebaliknya mngundang kemurkaan Allah....renungilah "kata2 terakhir imam ghazali di bwh sebelum mana ia dijemput bertemu Allah taala.

Sahabat...

Imam Ghazali terjaga awal pada pagi itu dan sebagaimana biasanya melakukan solat dan kemudian beliau bertanya pada adiknya, “Hari apa hari ini?”

Adiknya pun menjawab, “Hari Isnin.”

Beliau kemudian meminta kepadanya untuk mengambil sejadah putihnya, beliau menciumnya, menebarkannya dan kemudian berbaring di atasnya sambil berkata lembut, “Ya Allah, hamba mematuhi perintah~Mu,”

...dan beliau pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Di bawah bantalnya mereka menemukan bait-bait berikut, ditulis oleh Al-Ghazali ra., barangkali pada malam sebelumnya.

“Katakan pada para sahabatku, ketika mereka melihatku mati,
menangis untukku dan berduka bagiku.
Janganlah mengira bahawa jasad yang kau lihat ini adalah aku.

Dengan nama Allah, kukatakan padamu, ini bukanlah aku,
Aku adalah jiwa, sedangkan itu hanyalah selonggok daging.

Jasad itu hanyalah rumah dan pakaianku sementara waktu.
Aku adalah harta karun, azimat yang tersembunyi,
Dibentuk oleh debu, yang menjadi singgahsanaku, 

Aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya,
Aku adalah burung, dan badan ini hanyalah sangkarku.

Dan kini aku lanjut terbang dan badan ini kutinggal sebagai kenangan.
Puji Tuhan, yang telah membebaskan aku.

Dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi,
Hingga hari ini, aku sebelumnya mati, meskipun hidup di antaramu.

Kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kuburku telah ditanggalkan.

Kini aku berbicara dengan para malaikat di atas,
Tanpa hijab, aku bertemu muka dengan Tuhanku.
Aku melihat Lauh Mahfuz, dan di dalamnya aku membaca
Apa yang telah, sedang dan akan terjadi.

Biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah,
Buanglah sang azimat, itu hanyalah sebuah kenang-kenangan, tidak lebih

Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku,
Letakkan semua itu dalam kubur, biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal.

Rumah kalian bukanlah tempatku lagi.
Janganlah berfikir bahawa mati adalah kematian, tidak,
itu adalah kehidupan,

Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita di sini,
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur,
Kematian adalah tidur, tidur yang diperpanjangkan

Janganlah takut ketika mati itu mendekat,
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang terberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu,

Bersyukurlah pada kurnia~Nya dan datanglah tanpa takut.
Aku yang sekarang ini, kau pun dapat menjadi
Kerana aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya

Badan-badan yang berasal sama
Baik atapun jahat, semua adalah milik kita
Aku sampaikan pada kalian sekarang pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya.'

Friday 3 May 2013

muhasabah diri

sedih, 

sedih dgn diri, 

bila tak menghargai cinta, 

bila tak menghargai kasih syg,

bila tak menghargai pertolongan,

dari Allah SWT.


maka, 

akan aku usaha dan usaha, 

untuk mencari cintaNya, 

mencari redhaNya, 

membalas cinta dan kasihNya.


to be continued...





 


Monday 22 April 2013

mnjadi mukmin professional

mukmin professional,


mukmin yg professional( ni pusing2kn ayat je)

ha, tajuk pon dh mcm vavavooom kn, ini lah die tajuk yg ustaz pahrol mohd juoi sempat kupaskn die uitm palam baru-baru ni

mmg terkesan dgn ucapan dari ustaz pahrol, seorang yg lembut dan tegas dlm berkata-kata, dan seorang yg punctual.

p/s: saya campur-campur ilmu yg saya dpt dari usrah, bacaan dan juga ceramah.

'zakat ilmu adalah mnyebarkn ilmu, dan yg terbaek adalah mmberi ilmu kpd kluarga sndiri'


'jika kita belajar dgn niat bkn utk amalkn, maka takabbur nnti'


jelas kn, kalau kita blja saja2, dgn niat nk pndai, nk eksen, takut kita takabbur. dan dari kita sungguh2 mngajar org laen, mngapa x ajar, kongsi ilmu dkt family kita dlu, manusia yg mmbesarkn kita, yg ada di smping kita? kita snggup tlg/sedekah org di luar brbnding kluarga sndiri?

taqwa? 

ok, skrg tutup mata, bygkn kita tgh berjalan di atas jln yg sgt pnuh gila dgn duri. msti kita hati2 kan, tkut terpijak kn.
dan itu la taqwa, kita sntiasa berhati-hati dan waspada 

ibadah?

adalah:-
1) setinggi-tinggi/kemuncak kekhusyukkan dan kepatuhan pada Allah SWT
2) dgn meletakkn pnghinaan pada diri hingga akhirnya
3) dan tiada satu pon yg berhak mndapat kemuncak@penghabisan ketundukkan melainkan Allah SWT.
-Al Hafidz Taqiuddin As Subqi

akhlak pula?

adalah perbuatan yg lahir tnpa berfikir, mcm autopilot. kita tak fikir lama2 nk buat baek atau pon tidak. 

dan sedar tak kita, Islam adalah syumul/holistik, semua bnda yg kita lakukan, ada adabnya, 

contoh : msuk tandas, baca doa agar dijauhkn syaitan, kluar pon baca.
              mkn baca basmallah dan mnggunakan tgn kanan.

smua yg kita buat, ada mula dan akhirnya, bgitu indah sgt Islam ni, 
tpi syg, even islam is a living religion, the followers are dead.
'dead' dlm erti, kita tak buat apa yg diajar, amek mudah dlm smua bnda, padahal Islam dh sgt indah buat kita, Allah ajarkn satu persatu pada kita. 

berbalek pada mukmin professional tdi, kita fokus pada dua iaitu konsep soleh dan muslih

soleh - berkelakuan baek pada Allah yakni dari segi akidah, fiqh, akhlak( harus mmpunyai iktikad yg jazam=percaya sepenuhnya, 100 % pada Allah tnpa ragu dan was-was)

manakala muslih - adalah mmbri kebaikan pada org laen dan sntiasa mmperbaiki diri. 

dari sini mulanya konsep MUKMIN PROFESSIONAL (soleh+muslih) = seorang yg taat pada Allah, dan melakukan kebaikan pada manusia, haiwan dan alam

dan sebagai seorg islam, kita jgn 'trend'kn, jadikan amalan yg salah sbg budaya, 
kita juga harus berani mngubah yg salah spt yg dilakukan oleh kekasih kita, Rasulullah SAW

Akidah?

ini perkara yg tidak boleh dipandang enteng, jgn weh jgn.
akidah spt tiang kpd rumah, tayar kpd kereta, 
kalau kita tak tahu, maka belajar, cari guru yg BETUL utk mmbawa kita pada Islam. 

-tammat-


jujur saya katakan, saya jahil, dan masih jahil, tpi alhamdulillah, Allah tlg bukakn hati supaya bljr mngenai Islam, mngenal Allah.
dan smpai saya mati, saya akan terus belajar mncintai Allah, Rasulullah!

mood mula2 mcm nk santai2, last2 serius plak. ;)