Monday, 24 December 2012

aku meminjam semangatmu wahai palestin

waktu aku rasakan tiada yang dapat membantuku,
ALLAH tunjukkan jalan 

ALLAH, 
ALLAH tunjukkan jalan melaluimu palestin

tika aku sedih, tak berdaya,
waktu itu, kau, palestin di bom, ditindas, di bunuh dgn kejam
aku lihat kau bangkit semula, bukan bangkit dari mati, 
tapi bangkitnya semangat juang mu

kau tidak menyalahkan takdir
kau tidak menyalahkan pencipta takdir
malah kau bangkit berjuang biarpun darah merah membasahi bumimu

kau tidak sekali pun tunduk lemah dengan ancaman zionis
kau tidak meratapi pemergian ahli keluargamu, 
malah kau bangga mereka dijemput ilahi dgn syahid

kau bersangka baik pada perancangan Allah
sungguh tabah hati mu

lantas, aku pinjam semangatmu
untuk perjuanganku

aku tahu, ALLAH menunjukkan jalan kepadaku
ALLAH berikan aku keluarga, adik-adik, saudara mara, sahabat handal yang banyak membantu ku,
banyak sangat,
aku hanya mampu berdoa, 
hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian
terima kasih kerana hadir dalam hidupku, 
bantu keluargaku, 
bantu diriku

terima kasih ya ALLAH, 
kau tunjukkan jalan, 
jalan menjadi hambaMu


4 comments:

  1. aku membaca dengan linangan air mata.thanks palestin

    ReplyDelete
  2. :( tmbh sedih kalau tgk gmbr2 diorg

    ReplyDelete
  3. sedih sgt, tpi bangga sbb diorg cool je hadap balik dugaan nie

    ReplyDelete