“Akak, tolong adik kak,
tolong adik, akak, akak akak!!!”
Astagfirullah al-azim,
aku bermimpi rupanya. Basah baju Maria dengan keringatnya. Mimpinya
kerap bertandang baru-baru ini.
Mariana, adiknya yang
berusia 8 tahun, diculik ketika pulang dari sekolah.
Dia ketika itu sedang
meletakkan kenderaan di tepi sekolah. Dia hanya lewat 30 minit, namun, 30
minit itu telah mengubah hidup keluarga mereka.
Waktu itu, hari Khamis,
15 Februari, 2000.
Maria sedang berjalan ke
arah adiknya sewaktu adiknya diambil oleh 4 susuk tubuh yang tidak dikenali.
Dengan sepantas kilat, Maria berlari sekuat hati kearah Mariana. Lalu dia
pukul-pukul manusia yang mengambil adiknya. Dia tumbuk dibahu kiri lelaki yang
besar badannya, ditendang perutnya, digigit lengannya, dipijak lelaki besar itu
dengan tumit tinggi.
“Arghhhhhhhh”, lelaki
besar mengadu kesakitan. Dia terduduk menahan sakit.
Seorang manusia lagi
terkoncoh-koncoh berlari kearah mereka pabila terdengar jeritan kasar lelaki
besar. Dengan segera Maria mengambil tangan Mariana.
PANG!!!!,
satu hentakan kuat
terkena di kepala Maria. Dia tidak sedar, seorang lagi manusia sedang berada di
belakangnya. Pandangannya berpinar. Ada lelehan darah di kepalanya. Di rasa
tanah yang dijejak seperti lembut, lembik. Berpusing-pusing, lalu Maria
tersungkur ke tanah. Dia nampak dalam samar-samar, adiknya dibawa pergi oleh 3
manusia.
“Akak, tolong adik kak,
tolong adik, akak, akak akak!!!”
Itu ayat terakhir
adiknya, Mariana sebelum mulut adiknya ditutup oleh lelaki besar
itu. Maria berusaha sehabis mungkin untuk bangun, dan berlari lari anak
kearah Mariana. Namun, dayanya tidak sekuat tadi, pandangannya makin kabur
dan lututnya makin lemah.
“Cepat, cepat la
weh! nanti ada orang kejar, Cepat”!
Seorang lagi manusia di
tempat pemandu.
Mereka menaiki kereta
Waja, hitam. Tidak sempat Maria melihat no. platnya, dia
tersungkur lagi, dan kali ini, dia tidak sedar. Imej terakhir yang
dilihatnya, Waja hitam meluncur pergi, dengan adik tunggalnya dibawa lari.
Kejadian itu sudah
melangkau 6 bulan yang lepas.
Kejadian yang mengubah selama-lamanya hidup Maria,
hidup keluarganya, dan matlamat hidupnya.
matlamat mencari adiknya!
bersambung....
p/s : ya Allah, boleh tahan susah jgk nk buat cerita kn. moga2 ada
smbungan. hehehe